Tuesday, November 17, 2009

Pilihan Raya Kampus

Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam Aspirasi, Salam 1 Malaysia.

                     Sebut sahaja pilihanraya kampus, mesti terfikir RAPAT UMUM, ada pelajar yang gantung banner, ada juga pelajar yang ditangkap kerana menampal poster haram. Banyak hal berlaku semasa minggu tersebut. Tapi, adakah kita tahu masalah-masalah yang timbul itu berkait rapat dengan ideologi kita tentang politik?

                     Terdetik di hati ini untuk berbicara tentang penyataan yang telah dibuat oleh adik saya, Ahmed Fauzan, yang menyatakan ada pihak yang boleh dikatakan sangat junior ingin melihat video semasa rapat umum? adakah junior itu mahu bertanding? itulah persoalannya. Saya ingin menambah apa yang telah saudara Fauzan telah katakan, diharap kepada junior, terutamanya kepada pejalar tahun 1, adalah penting untuk anda tahu apakah itu politik kampus sebenarnya.

                     Ada pihak yang mengatakan bahawa politik kampus itu sama seperti politik luar. Pihak ini telah membuatkan saya rasa pilu kerana telah mengaitkan politik kampus sama seperti politik luar. Adakah tanggungjawab kita sebagai mahasiswa pada masa ini mendorong kita untuk berkecimpung didalam politik yang sebenarnya di luar kampus? saya amat tidak setuju. Terlintas di benak fikiran, mengapa pihak yang tertentu ini berkata sedemikian? mungkinkah kerana mereka telah dihasut dan dipengaruhi oleh orang luar? sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku, kita mesti ingat tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa.

                    Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Apa itu MPP? Terlibat dalam MPP bukan bermaksud anda dikenali ramai, atau sekadar untuk mendapat populariti, Sebagai seorang MPP, anda mempunyai tanggungjawab yang amat besar kepada setiap seorang pelajar di dalam Kampus. Kebajikan pelajar, itu yang sering diutarakan. Menjadi seorang MPP tidaklah salah, tetapi jikalau menjadi MPP, sehingga membangkang semua aktiviti Universiti, Apa halnya? Adakah Aktiviti yang dirancang tidak sempurna? Adakah apa yang dibuat tidak mencukupi?

                   Di dalam USM, kampus induk sendiri, kita boleh lihat perubahan yang telah dilakukan oleh MPP Aspirasi untuk membangunkan Kemudahan di Universiti, contohnya, pembinaan perhentian Bas Palapes, RST, Di depan Dewan Kuliah SK, tengoklah perubahan yang telah dibuat. Semasa tahun pertama di USM, amatlah perit saya ketika itu semasa menunggu bas sampai di depan Dewan Kuliah SK, terpaksa berjemur di tengah panas menunggu bas. Sekarang Alhamdulillah, Semua kemudahan tersebuk telah diberikan dan saya yakin dengan pertambahan bas kepada 20 buah bas setahu saya, adakah itu tidak cukup lagi?

                   Diharap kepada adik-adik yang berangan untuk menjadi MPP, usahakan angan-angan anda itu, kejar impian, JGN sekadar ingin mengejar POPULARITI serta kerana DIDESAK oleh pihak yang tertentu untuk membangkang UNIVERSITI yang kita cintai ini. Jika anda semua tidak percaya, kita akan tengok pada bulan Januari(jika dilihat pada cukup 1 sidang MPP sidang lepas) ini proses pilihan raya kampus.

                   Saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa, ada tersilap bicara, satu yang ingin saya katakan, semua ini datang dari hati saya sendiri sebagai seorang mahasiswa yang cintakan kepada UNIVERSITI. Saya akan terus menyuarakan pendapat dari masa ke masa.. Wallahualam

0 comments:

Post a Comment